Pemakanan Untuk Si Demam Part II


Bismillah...

Suhu badan yang tinggi akibat demam membuatkan kita tidak selesa dan sentiasa rasa letih untuk menjalankan aktiviti harian. Entry sebelum ni kita dah bincang jenis-jenis makanan yang perlu dimakan ketika demam. Kali ni, saya nak kongsi sikit apakah jenis makanan/tabiat yang perlu dielakkan atau dikurangkan ketika kita demam.

  1. Kafein
    Untuk mengekalkan fungsi sistem imun ketika demam, pengambilan kafein perlu dikurangkan (kopi & teh). Ini kerana penggunaan kafein sebenarnya membunuh nutrien penting dalam badan, seperti kalsium, magnesium dan kalium. Mineral ini adalah sangat penting untuk kesihatan sistem imun kita.
  2. Makanan bergula
    Pengambilan gula, soda, minuman berkarbonat, apa-apa jenis jus buah-buahan pekat, gula asli dan halus juga perlu dikurangkan. Gula yang berlebihan menyekat tindak balas imun badan dan boleh menyebabkan penurunan sehingga 50% keupayaan sel-sel darah putih untuk melawan bakteria.
  3. Produk Susu Unpasteurized (susu mentah)
    Ketika demam, kita tidak digalakkan untuk mengambil produk susu unpasteurized. Ini kerana susu unpasteurized boleh membawa bakteria berbahaya seperti Salmonella, E. coli, dan Listeria, yang bertanggungjawab menyebabkan pelbagai penyakit bawaan makanan. Jadi, susu ini adalah tidak sesuai untuk mereka yang demam kerana sistem imun yang lemah.
  4. Daging Merah, Kerang, Daging Organ
    Elakkan makan daging merah, kerang dan daging organ, kerana makanan ini berkolesterol tinggi dan sukar untuk dihadam.
  5. Tabiat Buruk
    Tabiat buruk seperti pengambilan alkohol, mengunyah tembakau dan merokok harus dielakkan semasa demam.

    Perlu di ingatkan, walaupun bila demam deria rasa dan selera berkurang, kita masih perlu makan untuk memulihkan kembali tahap imunisasi badan. Amat disarankan jika mencampurkan HALIA dalam bubur atau sup untuk makanan Si Demam, kerana halia membantu melawan jangkitan bakteria. 





    p/s: Kiki & Bella dah mati sebab termakan racun tikus~ sobs3~ ='(

    Pemakanan Untuk Si Demam~


    Bismillah...

    Sejak kebelakangan ni, cuaca x menentu, pagi panas kemudian hujan turun hampir setiap petang, dan ada yang katakan sekarang ni tengah tempoh 'air pasang surut'. 




    Jadi, sudah semestinya ramai yang  jatuh sakit jika sistem immune (sistem ketahanan badan) xcukup kuat, CONTOH! Demam~Selsema~Batuk~bla~bla~
    Siapa yang x sihat x selera nak makan?? Angkat tangan ramai2! 
    (Sayaaa....!!!)

    Tapi..tahukah anda, terutamanya jika kita demam, kita memerlukan tenaga/kalori yang lebih dari biasa. Sebab tu, jika xmakan badan kita semakin rasa lemah & letih. Jadi, nak cepat sembuh perlulah makan supaya badan cepat sihat.

    Tapi..persoalannya, APA NAK MAKAN BILA DEMAM??




    1. Air Kosong  
      Kita perlu minum banyak air bersih kerana virus dan bakteria berkembang dgn lebih mudah dalam sel-sel dehidrasi/kekurangan air. Selain itu, air yang cukup membantu sel-sel darah putih berfungsi dengan lebih baik dan toksin dapat dikeluarkan dengan lebih mudah apabila badan mempunyai air. 

    2. Makanan yang dimasak/lembut
      Pilih untuk makan makanan yang dimasak, dan bukannya yang mentah. Ini kerana makanan mentah sukar untuk dihadam berbanding makanan yang sudah dimasak. Namun begitu, anda masih boleh makan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran yang boleh dikupas. Jika demam disertai dengan cirit-birit, makanan separa pepejal atau lembut ini akan memainkan peranan untuk mengurangkan masalah cirit-birit. Anda boleh cuba khichri (beras dilenyek), sup sayur-sayurantelur rebussayur-sayuran kukusyogurt, dan bubur.

    3. Makanan berunsur cecair
      Ketika demam, cuba untuk memberi lebih banyak cecair. Pengambilan cecair mestilah liberal untuk mengimbangi kehilangan air dari peluh dan untuk mendapatkan jumlah air yang mencukupi bagi tujuan penghasilan air kencing untuk excreting buangan. Susuair glukosasupjus buah-buahan, teh herba dan air boleh dimasukkan untuk memenuhi permintaan ini.

    4. Vitamin C & A
      Satu lagi kekurangan vitamin penting ketika demam adalah vitamin C. Vitamin C adalah penting untuk tujuan regeneratif dan mengukuhkan lagi sistem imun anda. Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C seperti oren, limau, lemon, dan limau gedangTETAPI untuk pengambilan jus buah, anda dinasihati untuk menghasilkan sendiri jus dari buah yang segar dan cuba elakkan dari memilih jus dalam kotak. Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin A seperti lobak merah, tomato, betik, mangga, berdaun hijau perlu dimasukkan dalam diet anda.


    Kalau kita perasan, kategori makanan di atas ni semua nya makanan yang mudah hadam. Ini kerana, bila suhu badan kita lebih dari suhu badan normal, sistem penghadaman kita turut terjejas, jadi, pemilihan makanan yang mudah hadam disamping mengandungi sumber vitamin dan mineral yang diperlukan badan (vitamin A, C & E, asid askorbik, kalsium, phosphorus, natrium dan vitamin B kompleksadalah penting bagi mempercepatkan pemulihan sistem imun tubuh kita.

    Entry yang akan datang aku akan kongsi pula, apakah makanan yang perlu kita elakkan ketika demam.

    Stay tune!! =D




    p/s: Hari kedua Raya Qurban, alhamdulillah, sekarang lebih bijak memilih makanan. Kalau dulu, segala jenis lauk daging aq bedal. 



    Iskandar WaterFront City @Johor

    Bismillah...

    Siapa teruja dengan projek Iskandar WaterFront City? 
    Sayaaa...!!! Ok,sume benda aq xcited. (=__=)''

    Mestilah teruja! Sebab, mereka nak buat pembangunan waterfront city macam di Hong Kong & Sydney taw! Cer-usha waterfront city di sana~

    Hong Kong WaterFront City

    Sydney Harbour Waterfront City
    Nice kannnn..!

    Di Malaysia, mereka rancang nak buat macam ni....


    Iskandar WaterFront City
    Tadaaa....!

    Seperti dalam entry sebelum ni, aku ada ceritakan sikit kawasan yang terlibat untuk pembangunan waterfront city ni yang turut melibatkan kawasan Danga Bay. So untuk entry kali ni aku nak share secara ringkas apakah yang mereka rancang untuk projek waterfront di Johor.

    Untuk mereka yang tak tahu kawasan-kawasan yang terlibat dalam pembangunan Iskandar Malaysia, boleh rujuk gambar di bawah ni.


    Projek Iskandar Malaysia
    Seperti yang korang nampak, Danga Bay (Zone A) adalah kawasan penting dalam pembangunan projek ni sebab kedudukannya di tengah-tengah sepanjang 25km pembangunan waterfront city dari Selat Johor hingga Sungai Skudai dan hanya 5km dari tambak Johor.

    Laluan Jalan
    Jadi sekarang mereka sedang sibuk mencari para pelabur samada pelabur tempatan atau luar negara untuk cover kos pembangunan ni. Antara kawasan pembangunan yang dibuka untuk pelaburan adalah seperti berikut :-

    1. A3 Island - 45ekar (Private Island Residences)



    2. A2 Island - 100 ekar (Mix Development)




    3. Parcel A1 - 56 ekar (Financial & Commercial Centre)



    4. Parcel D4, D7 - 240 ekar 



    5. Parcel F2 - 110 ekar




     Kalau korang ada banyak duit, boleh la melabur kat projek ni. Nanti bila dah dapat hasil jgn lupa I taw.heee~ =P



    p/s : rindu Kiki~ =(  #okbai






    Hubungan KPRJ & Datuk Lim Kang Hoo??

    Bismillah..

    ~Tajuk entry nk kontroversi jek =P ~

    KPRJ? Datuk Lim Kang Hoo? Siapa mereka?? Datuk Lim Kang Hoo  atau lebih mesra dengan panggilan Lim 'Gung-ho' adalah  co-founder dan Pengerusi Ekovest Berhad,  Lembaga Pengarah bagi  Knusford Bhd  dan PLS Plantations Bhd, selain CEO Danga Bay Sdn Bhd 

    Macam mana D.Lim boleh dapat award tuk projek Danga Bay ni dari kerajaan negeri lebih 10 tahun lalu you guys search la ea. kalau you Johorean mesti tau kn. hot!




    Ahli peniagaan, Datuk Lim bekerjasama dengan kerajaan Johor, diwakili Kumpulan Prasarana Rakyat Johor untuk membangunkan projek 'bandar tepi laut' (waterfront city) di sepanjang pantai Johor Baharu (dari barat ke timur) seluas 3,000 ekar yang berhadapan dengan Singapura. Projek ini mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) tidak kurang RM 80 billion. 




    Hasil kerjasama antara dua pihak (private-public), Iskandar Waterfront Holdings Bhd (IWH) diwujudkan bagi menguruskan projek ini dimana 60% saham dipegang oleh Datuk Lim dan selebihnya, 40% dimiliki oleh negeri Johor. the Star online.


    I wonder kenapa negeri Johor hanya dapat 40% jek? 


    Pembangunan projek waterfront city melibatkan pengambil alihan pembangunan Danga Bay, Iskandar Waterfront, Pantai Tebrau dan juga pembangunan daerah perniagaan pusat di Johor. Dimana, keseluruhan projek waterfront ini adalah sebahagian daripada projek mega pembangunan 'Iskandar Malaysia (IM)'  yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad.


    click this pic


    Ikuti temu bual dengan Datuk Lim Kang Hoo di the Star online

    Bila aq tengok plan projek ni terus teruja! Tapi projek ni lambat lagi nak siap, umur aq 40 plus2 baru dapat siap kot. Nak tahu apa yang mereka rancang? Jom baca!


    p/s: Semalam paw abang, beli rak buku! Bertuah dapat adik macam I ni. =P. Herm.. 3 hari praktikal, keje nye data entry, main tampal-tampal (labelling file) etc. Kira ok lagi la dari jadi tea-lady kan. Alhamdulillah~ =)

    It Has Begun: Procurement Department

    Bismillah..

    Today is my first day as a trainee at Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) and I placed by HRD at Procurement Department, located at Sooka Sentral!





    Muka xcited (mata ku bengkak~ padan muka tido lambat!).
     Masuk keje pukul 9, pkul 8 da terpacak kt depan Sooka. =P


    What is 'Procurement Department'? What are the functions of Procurement Department in an organization? Some people said that this department can be considered as purchasing department. However, there are major differences between these two terms of 'purchasing' and 'procurement'.


    Purchasing refers to a business or organization attempting for acquiring goods or services to accomplish the goals of the enterprise.


    Procurement is the acquisition of goods or services. It is favorable that the goods/services are appropriate and that they are procured at the best possible cost to meet the needs of the purchaser in terms of quality and quantity, time, and location. 


    Procurement usually involves purchase planning, standards determination, specifications development, supplier research and selection, value analysis, financing, price negotiation, making the purchase, supply contract administration, inventory control and stores, and disposals and other related functions.


    Same goes to MRCB, HQ of procurement control general purchases (such as stationeries, equipment, and etc. ) that requested by other departments as well as other branch such as MRCB's branch at Johor. It is crucial for them to conduct research and investigate the products or services before purchasing them to ensure they are getting the best deal in order to ensure the benefits and also keeping up with the competitiontrying to spend the least amount of money whilst still buying quality product.


    For the first day, kak ema introduced me to all of the staff in our department. such as diana, ifah, hafiz, kak..., kak..., kak..., (oh no! I totally forgot your name >> nenek sudah tua!) Diorang sgt friendly and humble. LIKE..LIKE..LIKE..



    Finished read this manual after 2-3 hours.. T__T



    Limited desktop, laptop also can~ (install the system into my bff for these 5 months)



    Here we go~ go back to your work, people!



    Alhamdulillah...NO-photocopy job, NO tea-lady for my first-day. heee~ =D




    "Our work is the presentation of our capabilities" 
    - Johann Wolfgang Von Goethe




    References:



    p/s: sumber inspirasi yang baru..buka tingkap terus nampak.. =)


    MPH-Kinokuniya-Popular

    Bismillah..



    Tahukah anda...?? Rakyat Malaysia secara purata membaca sebanyak 8 buah buku setahun pada tahun 2010, berbanding pada tahun 1996 dengan purata hanya 2 buah buku setahun. Peningkatan ini menunjukkan kesedaran kepentingan membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat! 




    Namun, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin, dalam usaha menjadikan 'membaca' dan 'menulis' sebagai satu budaya Malaysia, kita sepatutnya menerbitkan paling kurang 28,000 buah buku tajuk baru setiap tahun. Hingga kini, kita hanya mampu menerbitkan 16,000 buah buku tajuk baru setiap tahun. Berbanding negara US, Korea Selatan, Eropah malahan India, industri buku/penerbitan di Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan.




    Jadi...kepada blogger y dah otai, ape kate u guys karang buku pulak? Boleh menyumbang kepada peningkatan penerbitan buku di Malaysia. =)


    Bak kata pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tetapi, saya percaya walaupun kita sudah meningkat dewasa, kita masih mampu menanam budaya membaca di dalam diri kerana itu semua tepulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu berubah atau tidak. Bila bercakap soal kebaikan membaca, semua tahu, semua orang mampu memberi jawapan yang terbaik tetapi adakah mereka betul-betul mempunyai kesedaran terhadap kepentingan membaca? Tepuk dada tanya naluri hati. 


    I suka baca buku sejak sekolah rendah sebab time tu I jadi pustakawan sekolah. Tiap kali buku-buku baru sampai, cikgu akan mintak tolong I & kawan I untuk 'key in' data. Bila tengok banyak buku cerita yang 'best-best' kitorang pun 'mendajal' sorok buku-buku tu kat kaunter sebab kalau dah letak kat rak buku memang mimpi la ko nak jumpa buku-buku tu. 


    Bila cikgu tanya, bohong sunat, "Belum key-in lagi cikgu". Lepas tu gelabah habiskan baca buku-buku tu, makan buku, tido buku dan sambil berjalan pun baca buku, (giler gigih! nasib baik tak tersadung jatuh macam nangka busuk sbb dulu gimuk. Gedebuushhhh~). 


    Habis alam persekolahan, melangkah masuk alam kampus. Alhamdulillah, I dapat kawan (my BFF now) yang lagi giler suka membaca dan dia jugak lah yang 'menjodohkan' I dengan buku-buku motivasi + buku-buku tebal (baling orang boleh pengsan) yang I tak pernah tertarik sebab 'mindset' ->mampu ke aku baca buku ni? 


    So, korang yang dah tahu kenapa masih tak nak membaca, try to change it from the inner; your niat/nawaitu. Then your action will follow. =)



     ~L.O.V.E BOOKS~


    Bercakap tentang buku, saya percaya setiap pelajar IPT mendapat voucher buku 1Malaysia dari kerajaan. Kepada mereka yang dapat voucher tu, jom saling mengingat supaya menggunakan voucher tersebut dengan sebaik mungkin dan jangan menyalahgunakan (beli komik/majalah y kurang/tidak bermanfaat) atau menjual voucher (seperti yang dipaparkan oleh media) kerana itu menunjukkan anda seorang yang tidak amanah.



    "Orang yang suka membaca mampu mengembara kemana sahaja yang dia suka tanpa perlu bersusah payah"




    Rujukan:

    2. BERNAMA


    p/s: last 2 week I habiskan voucher buku beli buku-buku ni di Kinokuniya. Kalau berkesempatan I'll share sikit info yang berguna key! =D




    Am I a blogger now?

    Assalammualaikum...
    Hello...

    What makes me change my mind to become one of the bloggers?



    This week I will start my internship at MRCB Group, KL Sentral. This is my first step to enter working environment [even previously worked as an administrative assistant & accounting =]. I have to keep on track to achieve my goals and ambitionsI hope, with this blog, I can remind and improve myself for tomorrow, better than today. 

    My Dad said :

    "If we make friends with people aged 50 years, we will get knowledge and experience that he collected a 50-year life spent"





    p/s: But it doesn't mean that I'm 50 years old  (-_-')