MPH-Kinokuniya-Popular

Bismillah..



Tahukah anda...?? Rakyat Malaysia secara purata membaca sebanyak 8 buah buku setahun pada tahun 2010, berbanding pada tahun 1996 dengan purata hanya 2 buah buku setahun. Peningkatan ini menunjukkan kesedaran kepentingan membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat! 




Namun, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin, dalam usaha menjadikan 'membaca' dan 'menulis' sebagai satu budaya Malaysia, kita sepatutnya menerbitkan paling kurang 28,000 buah buku tajuk baru setiap tahun. Hingga kini, kita hanya mampu menerbitkan 16,000 buah buku tajuk baru setiap tahun. Berbanding negara US, Korea Selatan, Eropah malahan India, industri buku/penerbitan di Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan.




Jadi...kepada blogger y dah otai, ape kate u guys karang buku pulak? Boleh menyumbang kepada peningkatan penerbitan buku di Malaysia. =)


Bak kata pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tetapi, saya percaya walaupun kita sudah meningkat dewasa, kita masih mampu menanam budaya membaca di dalam diri kerana itu semua tepulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu berubah atau tidak. Bila bercakap soal kebaikan membaca, semua tahu, semua orang mampu memberi jawapan yang terbaik tetapi adakah mereka betul-betul mempunyai kesedaran terhadap kepentingan membaca? Tepuk dada tanya naluri hati. 


I suka baca buku sejak sekolah rendah sebab time tu I jadi pustakawan sekolah. Tiap kali buku-buku baru sampai, cikgu akan mintak tolong I & kawan I untuk 'key in' data. Bila tengok banyak buku cerita yang 'best-best' kitorang pun 'mendajal' sorok buku-buku tu kat kaunter sebab kalau dah letak kat rak buku memang mimpi la ko nak jumpa buku-buku tu. 


Bila cikgu tanya, bohong sunat, "Belum key-in lagi cikgu". Lepas tu gelabah habiskan baca buku-buku tu, makan buku, tido buku dan sambil berjalan pun baca buku, (giler gigih! nasib baik tak tersadung jatuh macam nangka busuk sbb dulu gimuk. Gedebuushhhh~). 


Habis alam persekolahan, melangkah masuk alam kampus. Alhamdulillah, I dapat kawan (my BFF now) yang lagi giler suka membaca dan dia jugak lah yang 'menjodohkan' I dengan buku-buku motivasi + buku-buku tebal (baling orang boleh pengsan) yang I tak pernah tertarik sebab 'mindset' ->mampu ke aku baca buku ni? 


So, korang yang dah tahu kenapa masih tak nak membaca, try to change it from the inner; your niat/nawaitu. Then your action will follow. =)



 ~L.O.V.E BOOKS~


Bercakap tentang buku, saya percaya setiap pelajar IPT mendapat voucher buku 1Malaysia dari kerajaan. Kepada mereka yang dapat voucher tu, jom saling mengingat supaya menggunakan voucher tersebut dengan sebaik mungkin dan jangan menyalahgunakan (beli komik/majalah y kurang/tidak bermanfaat) atau menjual voucher (seperti yang dipaparkan oleh media) kerana itu menunjukkan anda seorang yang tidak amanah.



"Orang yang suka membaca mampu mengembara kemana sahaja yang dia suka tanpa perlu bersusah payah"




Rujukan:

2. BERNAMA


p/s: last 2 week I habiskan voucher buku beli buku-buku ni di Kinokuniya. Kalau berkesempatan I'll share sikit info yang berguna key! =D




No comments:

Post a Comment