Pemakanan Untuk Si Demam Part II


Bismillah...

Suhu badan yang tinggi akibat demam membuatkan kita tidak selesa dan sentiasa rasa letih untuk menjalankan aktiviti harian. Entry sebelum ni kita dah bincang jenis-jenis makanan yang perlu dimakan ketika demam. Kali ni, saya nak kongsi sikit apakah jenis makanan/tabiat yang perlu dielakkan atau dikurangkan ketika kita demam.

  1. Kafein
    Untuk mengekalkan fungsi sistem imun ketika demam, pengambilan kafein perlu dikurangkan (kopi & teh). Ini kerana penggunaan kafein sebenarnya membunuh nutrien penting dalam badan, seperti kalsium, magnesium dan kalium. Mineral ini adalah sangat penting untuk kesihatan sistem imun kita.
  2. Makanan bergula
    Pengambilan gula, soda, minuman berkarbonat, apa-apa jenis jus buah-buahan pekat, gula asli dan halus juga perlu dikurangkan. Gula yang berlebihan menyekat tindak balas imun badan dan boleh menyebabkan penurunan sehingga 50% keupayaan sel-sel darah putih untuk melawan bakteria.
  3. Produk Susu Unpasteurized (susu mentah)
    Ketika demam, kita tidak digalakkan untuk mengambil produk susu unpasteurized. Ini kerana susu unpasteurized boleh membawa bakteria berbahaya seperti Salmonella, E. coli, dan Listeria, yang bertanggungjawab menyebabkan pelbagai penyakit bawaan makanan. Jadi, susu ini adalah tidak sesuai untuk mereka yang demam kerana sistem imun yang lemah.
  4. Daging Merah, Kerang, Daging Organ
    Elakkan makan daging merah, kerang dan daging organ, kerana makanan ini berkolesterol tinggi dan sukar untuk dihadam.
  5. Tabiat Buruk
    Tabiat buruk seperti pengambilan alkohol, mengunyah tembakau dan merokok harus dielakkan semasa demam.

    Perlu di ingatkan, walaupun bila demam deria rasa dan selera berkurang, kita masih perlu makan untuk memulihkan kembali tahap imunisasi badan. Amat disarankan jika mencampurkan HALIA dalam bubur atau sup untuk makanan Si Demam, kerana halia membantu melawan jangkitan bakteria. 





    p/s: Kiki & Bella dah mati sebab termakan racun tikus~ sobs3~ ='(

    Pemakanan Untuk Si Demam~


    Bismillah...

    Sejak kebelakangan ni, cuaca x menentu, pagi panas kemudian hujan turun hampir setiap petang, dan ada yang katakan sekarang ni tengah tempoh 'air pasang surut'. 




    Jadi, sudah semestinya ramai yang  jatuh sakit jika sistem immune (sistem ketahanan badan) xcukup kuat, CONTOH! Demam~Selsema~Batuk~bla~bla~
    Siapa yang x sihat x selera nak makan?? Angkat tangan ramai2! 
    (Sayaaa....!!!)

    Tapi..tahukah anda, terutamanya jika kita demam, kita memerlukan tenaga/kalori yang lebih dari biasa. Sebab tu, jika xmakan badan kita semakin rasa lemah & letih. Jadi, nak cepat sembuh perlulah makan supaya badan cepat sihat.

    Tapi..persoalannya, APA NAK MAKAN BILA DEMAM??




    1. Air Kosong  
      Kita perlu minum banyak air bersih kerana virus dan bakteria berkembang dgn lebih mudah dalam sel-sel dehidrasi/kekurangan air. Selain itu, air yang cukup membantu sel-sel darah putih berfungsi dengan lebih baik dan toksin dapat dikeluarkan dengan lebih mudah apabila badan mempunyai air. 

    2. Makanan yang dimasak/lembut
      Pilih untuk makan makanan yang dimasak, dan bukannya yang mentah. Ini kerana makanan mentah sukar untuk dihadam berbanding makanan yang sudah dimasak. Namun begitu, anda masih boleh makan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran yang boleh dikupas. Jika demam disertai dengan cirit-birit, makanan separa pepejal atau lembut ini akan memainkan peranan untuk mengurangkan masalah cirit-birit. Anda boleh cuba khichri (beras dilenyek), sup sayur-sayurantelur rebussayur-sayuran kukusyogurt, dan bubur.

    3. Makanan berunsur cecair
      Ketika demam, cuba untuk memberi lebih banyak cecair. Pengambilan cecair mestilah liberal untuk mengimbangi kehilangan air dari peluh dan untuk mendapatkan jumlah air yang mencukupi bagi tujuan penghasilan air kencing untuk excreting buangan. Susuair glukosasupjus buah-buahan, teh herba dan air boleh dimasukkan untuk memenuhi permintaan ini.

    4. Vitamin C & A
      Satu lagi kekurangan vitamin penting ketika demam adalah vitamin C. Vitamin C adalah penting untuk tujuan regeneratif dan mengukuhkan lagi sistem imun anda. Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C seperti oren, limau, lemon, dan limau gedangTETAPI untuk pengambilan jus buah, anda dinasihati untuk menghasilkan sendiri jus dari buah yang segar dan cuba elakkan dari memilih jus dalam kotak. Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin A seperti lobak merah, tomato, betik, mangga, berdaun hijau perlu dimasukkan dalam diet anda.


    Kalau kita perasan, kategori makanan di atas ni semua nya makanan yang mudah hadam. Ini kerana, bila suhu badan kita lebih dari suhu badan normal, sistem penghadaman kita turut terjejas, jadi, pemilihan makanan yang mudah hadam disamping mengandungi sumber vitamin dan mineral yang diperlukan badan (vitamin A, C & E, asid askorbik, kalsium, phosphorus, natrium dan vitamin B kompleksadalah penting bagi mempercepatkan pemulihan sistem imun tubuh kita.

    Entry yang akan datang aku akan kongsi pula, apakah makanan yang perlu kita elakkan ketika demam.

    Stay tune!! =D




    p/s: Hari kedua Raya Qurban, alhamdulillah, sekarang lebih bijak memilih makanan. Kalau dulu, segala jenis lauk daging aq bedal.